klik-klik! Agar ku Jadik berUang seperti kamu!

ceritera luna, luna &ayahu


WE LOVE. WE CARE. WE RESPECT EACH OTHER

belum daftar heartbeat.my?taktau bagaimana?
ini ada
toturialnye.
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Jenahak Sweet & Sour penuh keCINTAan!

ni kali pertama Elle masak ikan Jenahak ni tau..& pertama kali juga masak 'sweet & sour'

okay kat cni Elle kongsikan resepi Elle ye, jangan gelak tau!

bahan2:
seekor ikan jenahak (sederhana besar, ni ehsan dr MIL blik Melaka hri tuh)
tomato cherry - dpotong dua (ikut suka nak brpa banyak)
1 biji buah epal - dpotong dadu (tuk gantikan nenas, Hheee..wooooo jgn gelak, jangan gelak)
sesudu kismis (ni kazen bg masa dia balik umrah hri tuh)
2 biji kurma nabi, & 2 biji kurma biasa - buang biji & cincang halus (ni pon kazen bg masa balik dr umrah)
bawang besar dhiris bulat
cili boh giant (warna nye mnawan merah & yg best, tak pedas)
sos tomato
sos tiram
air
garam
gula


nak buat camne?
senang je, memula goreng garing2 ikan jenahak tuh, dan ketepikan.
kemudian tumis la cili boh, masukkan sedikit air..
masukkan pl sos tomato & sos tiram & letak sedikit garam & gula.
da tuh masukkan tomato cherry, potongan epal, kismis & hirisan kurma, last sekali masukkan bawang..agak2 bawang da layu..matikan la api..


okay kuah tadik, tumpahkan la kat ikan jenahak yg da goreng garing tuh..

ikan jenahak da tenggelam dek bahan2 yg lain..Hheee



errmmmm selamat berbuka ♥

Saturday, July 23, 2011

Baked bergedel with cheesy topping :)

jom cuba ni masak ni pl ;), baked bergedel with cheesy topping.
resepi (beserta gambar2) ni hakmilik airtangan cikPuan Ad tau,
sejak bujang mmg dia suka masak & jamu kawan2 makan..
ingat dlu, masa mula dia mjamu makan, Elle & family Elle la tetamu pertama dia ;)
emmmm itu kisah hampir 8-10thn yang lepas, kini masing2 da berumahtangga, masing2 sibuk ngan urusan dunia masing2..so nak merasa airtangan tuh, cukupla susah..
takpe dapat curik resepi pon da kira okay la kan ;)


bergedel with cheesy topping:
Boil potato and mash it. Mix with minced beef / chicken. Add bit of salt + pepper and shape it round. Put some cheese (whatever cheese u have) on top of it and bake it oven for 15 mins


Baked bergedel with cheesy topping.


Baked bergedel with cheesy topping: make me salivating already..
oh so soft & yummy.
Good for the kids too!

Sunday, July 17, 2011

Resepi Potato Gratin

Potato Gratin
(resepi & gambar dr bestfren Elle cikPuan Ad)

Resepi Potato Gratin:
Kentang, sliced nipis (rendam dalam air garam) pastu toskan dan susun dalam loyang pembakar selapis demi selapis. Setiap lapisan ditabur dengan blackpepper, daun parsley dan minced garlic. Tuang thick cream menutupi semia lapisan kentang tadi dan taburkan mozarella cheese menutupi loyang dan bakar dalam suhu 180'c selama 40 minit.
Senang kan :)



Lapisan kentang yang dah ditabur dengan blackpepper, bawang putih & parsley


Dibakar dengan lapisan thick cream & mozarellasssss


Potato Gratin: The whole family loves it.

Sunday, July 3, 2011

Jom Masak Sambal Udang Lu'Lu :p

Petang tuh, taktau nak masak ape..
tetiba teringat kat esbox ade sedikit lagi udang baki masak lemak nenas hari tuh..
so pe lagi trus timbul idea nak masak Sambal Udang..
tp petai takde, semalam lupa minta ayah belikan..
takpe akan ku derhakakan resepi Sambal Udang Petai ni ke Sambal Udang Kacang Panjang..Hhaa



Bahan-bahannye;

* 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
* 4-5 ulas bawang kecil
* 2 ulas bawang putih
* Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
* Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
* Minyak untuk menumis, gula, garam..
* Jika suka..Petai 1/2 mangkuk
* 1 Labu Bawang Besar-Dihiris

Cara-cara nya pula;

1. Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air).. kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
2. Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
3. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
4. Jika suka masukkan petai..
5. Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat.. (kepekatan sambal ikut suka)
6. Hidangkan..

**comotnye, mmg takde kpakaran lam mhidang la..Hhaa :p

Tuesday, June 28, 2011

Menu Lunch Hari Ini: Udang Masak Lemak Nenas :p

)**klik gambar tuk pembesaran yg sehat ye :)



Bahan-bahannye;
  • 1/2kg udang
  • 1biji nenas
  • *4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili boh/ lada giling
  • Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 1 batang serai
  • garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 1 1/2 cawan santan pekat (300gm). Saya guna santan kotak ayam brand yg kecil 1 1/2 kotak.
  • 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)

Cara-cara nye;
  1. Bersihkan udang dang buang muncung dia.
  2. Potong nenas ikut suka.
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras.

Selamat Menjamu Selere :)

Saturday, June 25, 2011

lagi nak kongsi menu tuk yang berpantang.

Jom try masak Lobak Putih Tumis bersama Daun Kucai lak ;).

info:
Kucai btindak sbg antiseptik utk mbunuh bakteria dlm usus. Ia turut mjadi prangsangdlm proses pengecutan usus. Manakala Lonak Putih mpunyai khasiat yg tinggi yg dpt mnyelesaikan masalah phadaman.



bahan-bahan tuk sajian ini;
lobak putih (dhiris nipis)
daun kucai (dipotong memanjang)
1 biji bwg merah & 1 ulas bwg putih
sedikit ikan bilis
1 camca minyak bijan
& sdikit garam

cara mnyediakannye pl;
tumbuk bwg merah,putih & ikan bilis (lumat)
pnskan mnyak, tumis bhn2 yg da tumbuk td
bl da naik bau, masukan lobak putih & kacau
bl lobak da lembut, masukkan daun kucai & garam, kacau jap.
okay da ready tuk dhidangkan :)

selamat mencuba yea.

jangan lupakan sayur time berpantang ye :)

okay kali ni aku kongsikan pl resepi Sup Sayur-Sayuran ye.
mudah & ringkas, tempoh masa memasak lebihkurang 20minit je :)


bahan2 nye;
  • lobak merah (dpotong kecil)
  • ubi kentang (dpotong kecil)
  • sawi
  • sdikit ikan bilis
  • 2ulas bwg putih
  • 2biji bwg merah
  • garam
  • dan air

cara mnyediakannya pl;
  1. tumbuk bwg merah/putih & ikan bilis (lumat)
  2. kmudian masukkan bhn2 td ke periuk yg berisi air, didihkan.
  3. masukkan lobak & kentang. biarkan sbentar hingga keduanya empuk.
  4. pastu masukkan sawi & garam. kacau sebentar.
ok da sedia tuk dmakan :)

info: sawi putih dpt membantu mnambahkan pengeluaran susu.

tentang cikLuna..& tentang makan :p

pas en.Ajip balik keje smalam,
beriya cikLuna ajak g main taman..
boring kot kat rumah, almaklumlah da seminggu kat Melaka mlayan Rafa, sepupu baru cikLuna..
oleh kerana, aku da siapkan makan tengahri, so balik keje trus aje en.Ajip mnyantap dengan senang hati..menu semalam serba ringkas aje, 'nasi tomato berlaukan ayam masak sos'..
.
tak lama pas mngenyangkan perut, cikLuna pl bjaga, tido tak lama, sbb aku lupa nak pakaikan pampers sebelum tido..sehari itu, mmg ajar cikLuna lepas pampers..skerat hari je berjaya :P
.
sudahnye kerna cuaca masih panas, & kebetulan mau g Jusco wat report pasal cikPinky ku yg tenat..so kitarang bawak cikLuna bermain kat Kids World lam Jusco tuh aje..
sangat seronok!
sempat lagi aku & en.Ajip blumba kereta..Hhaa..oh ya, of cos la aku kalah!
**gambar2 akan d upload kemudian ye :).
.
seperti rutin, kitarang lepak kat Arena mnyantap ubi manis..yummy!
.
oh takble lama2..malam nya ade temujanji kat Ch132 pl..yeyeh, nak melayan ML..en.Ajip siap2 beli burger tuk kami btiga..aiiiih makan aje la nampaknye kami hari ni kan..
.
bila cerita pasal makan ni,
baru teringat..wanita berpantang tak smesti makan tak sedap,
bak kata jiran MIL aku, "makan tu bole, tp dlm kuantiti sdikit"...
hmmmmm..so nak share menu berpantang yg sedap..

Kari Ikan Tenggiri (tempoh masa memasak: 30 minit)


**gambar curik kat gugel :P

bahan2nya;
  • 1 potong ikan tenggiri
  • 2 biji bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • sdikit kunyit
  • sdikit halia
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1 btg kayu manis
  • sdikit bunga cengkih & lawang
  • air asam jwa scukupnya
  • dan garam

cara mnyediakannya;
  1. tumbuk bwg merah, putih, kunyit dan halia shingga lumat
  2. campurkan dgn serbuk kari. (ketepikan)
  3. tumis bhn2 yg dah d tumbuk bsama kulit kayu manis, cengkih & bunga lawang. kacau shingga naik bau
  4. masukkan pl asam jawa scukupnya. dah mdidih masukkan ikan
  5. biarkan kuah mndidih & ikan masak. kmudian masukkan la garam.
  6. ok, sedia tuk d hidangkan ;).

Info: jenis ikan yg bole dmakan adalah drpd jenis tdk bbisa atau mnyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan, bawal puti/hitam, gelama dan tenggiri.

Friday, June 24, 2011

Menu Berpantang: Ikan Kukus Istimewa

Tempoh masa memasak : 45 minit


**gambar dr Mr.Gugel

Bahan-bahannya;
  • 1 ekor ikan bawal putih (boleh juga mggunakan ikan lain asalkan tidak gatal spt tenggiri atau merah)
  • Halia (dhiris nipis & dpotong mmanjang)
  • Kunyit hidup (dhiris nipis & dpotong mmanjang)
  • 2 ulas bawang putih (dhiris nipis)
  • 1 cawan air asan jawa
  • Lada hitam scukupnye (dtumbuk halus)
  • Garam
Cara mnyediakannya;
  • cuci bersih ikan & masukkan ke dlm mangkuk yg akan dgunakan tuk mngukus.
  • masukkan bwg putih, halia, kunyit, lada hitam, air asan jawa & garam.
  • kukus shingga isi ikan benar2 masak.

Info: mengikut kpecayaan orang melayu, kunyit boleh membersihkan dan mngecutkan rahim wanta slepas bsalin :).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...