klik-klik! Agar ku Jadik berUang seperti kamu!

ceritera luna, luna &ayahu


WE LOVE. WE CARE. WE RESPECT EACH OTHER

belum daftar heartbeat.my?taktau bagaimana?
ini ada
toturialnye.

Wednesday, February 2, 2011

Tolong, Puting Saya Luka!

info ini dr Email.
dhantar oleh SusuSihat.



Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang
paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.

Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby
gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam
minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.

Tapi jangan ambil mudah.

Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan
baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan
je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya.
Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.

Apa nak kena buat kalau puting luka ni?

Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak
pasti minta tolong jurarawat laktasi/LC di hospital berdekatan.

Kalau anda tinggal berdekatan dengan LC yang glamer, Pn Kamariah
atau Pn Rita (mereka kolumnis dalam majalah Pa&Ma) anda boleh
dapatkan khidmat mereka. Mintak mereka periksa kedudukan bayi anda.

Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:

1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle hold" ke "crosscradle", ke "football hold" dan sebagainya.

2. Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!

3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba "Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!

4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak bergesel dengan bra.

5. Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk let-down.


Banyak lagi tips-tips menarik yang kongsikan bersama dalam SusuSihat.

Happy Breastfeeding!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...